Arip Juara Kilauan Emas Musim Keempat

arip juara kilauan emas

Tahniah buat Arip yang telah dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas musim ke empat. Arip berasal dari Pahang  membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry dan wang tunai RM 100,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din membawa lagu Di Pintu Mahligai, Ceritera Cinta dan medley lagu Aku Tak Bisa dan Hakikat Sebuah Cinta.

Turut memenangi hadiah Anugerah Juri yang membawa pulang trofi, RM10,000 dan pakej percutian.

Ujar Arip, dia bersyukur di atas kemenangan ini dan berterima kasi kepada semua yang telah menyokong.

Tempat kedua dimenangi oleh Zain atau Md Zain Ramli yang membawa pulang wang tunai RM50,000, kereta Toyota X-Gear dan pakej percutian ke Vietnam.

Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Ben atau Benasil Kudong yang membawa pulang wang tunai RM30,000, kereta Perodua MyVi dan percutian ke Bandung, Indonesia.

Mereka diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Datu Hattan dan Ziana Zain. Juri kemputan pula dari Indonesia, iaitu penyanyi Jamal Mirdad.

Turut menampilkan persembahan dari Hattan dan anaknya Adam, Ella, Jamal dan Mamat Khalid.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments