Drama Menarik Serpihan Hati Slot Bidadari TV1

Drama Bersiri Serpihan Hati

Sebuah drama bersiri menarik bertajuk Serpihan Hati telah pun menemui penonton pada 11 Jun lalu yang disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) pada 11.30 pagi, menerusi slot Bidadari.

Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Haleeda, Jue Aziz, Zarina Zainuddin, Ako Mustafa dan Roy Azman.

Serpihan Hati mengisahkan Sharina mengandung 3 bulan ditinggalkan suaminya, Mahdi. Selepas kelahiran anaknya, Sharina menderita akibat penyakit meroyan. Bayi tersebut, Elisa terbiar dan dijadikan anak angkat oleh Mak Hajar. Mak Hajar kemudian berpindah ke kampung halamannya. Namun identity Elisa dirahsiakan.

Mahdi kemudian muncul setelah menghilangkan diri. Mahdi mengambil semula Sharina sebagai isterinya. Sharina pula merahsiakan bahawa dia pernah melahirkan anak mereka.

Mahdi dan Sharina ahkirnya dikurniakan anak lelaki bernama Fairuz. Mahdi juga semakin berjaya dalam bidang pembinaan. Hidup mereka mewah. Mak Hajar dan Elisa pula hidup serba kekurangan. Namun begitu, Mak Hajar membuat kuih dan menjual nasi lemak untuk menapung kehidupan mereka.

Elisa kemudian bertemu dengan seorang guru duda, Shariz semasa Elisa di tingkatan 6. Shariz mula menyimpan perasaan pada Elisa namun Elisa menolak cintanya. Elisa kemudian meninggalkan kampung halaman untuk menlanjutkan pelajarannya.

Elisa berjaya menyambung pelajarannya. Di kampus, Elisa menjalinkan persahabatan dengan Ikram. Ikram rupanya hana mengambil kesempatan pada Elisa kerana menyangka Elisa gadis murahan. Dalam kejadian tersebut, Mahdi terserempaj dengan Elisa. Mahdi telah membantu Elisa tanpa mengetahui mereka berdua mempunyai pertalian darah.

Elisa kemudian memutuskan hubungan dengan Ikram.

Mahdi dan Sharina pula memanjakan Fairuz secara berlebihan. Fairuz gagal dalam pelajaran dan bekerja di syarikat pembinaan Mahdi.

Sharina pula mula mengenang kembali kisah silamnya membuang bayinya dulu. Suatu hati, Mak Hajar diserang penyakit lemah jantung dan darah tinggi. Elisa terpaksa menjual barang dari kedai ke kedai demi membantu Mah Hajar. – kredit budiey.com

Satu hari, Elisa telah diragut. Mahdi membantu Elisa. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Untuk mengetahui kesudahan drama menarik ini, jangan lupa saksikan hanya di TV1 setiap Isnin hingga Khamis jam 11.30 pagi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments