Juara Bintang Mencari Bintang 2 Milik Kepoh

Juara Bintang Mencari Bintang 2 - kredit foto : myMetro
Juara Bintang Mencari Bintang 2 – kredit foto : myMetro

 

Akhirnya Program realiti Bintang Mencari Bintang 2 ( BMB2 ) telah pun tamat dengan menyaksikan  kumpulan Kepoh, anak didik kepada Adlin Aman Ramlie yang telah berjaya menewaskan peserta lain pada peringat akhir.

Kumpulan Kepoh telah menewaskan Kumpulan Mmmm ( anak didik Afdlin Shauki )dan Kumpulan Sumbu ( anak didik Ebby Yus)

Kumpulan Sumbu memenangi tempat kedua manakala kumpulan Mmmm berada ditempat ketiga.

Pada peringkat akhir program tersebut, para peserta akhir diberi tugas membuat persembahan secara solo dan bergandingan dengan sifu masing-masing.

Kepoh yang dianggotai Suffian Shafri Ibrahim dan Lizujuhan Hamzah membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 dan trofi.

Pertandingan akhir itu telah diadakan si Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad lalu.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments