Karl Shafek Perkenal Jenama Pakaian Neonate

karl shafek perkenal jenama pakaian neonate

Tampil dengan jenama pakaian sendiri, Neonate Clothing, Karl Shafek kini memperluaskan kerjaya dalam  bidang perniagaan pakaian.

Karl Shafek memberitahu idea tersebut muncul selepas melihat masyarakat  terutama golongan muda yang mula meneroka fesyen harian.

Ujar Karl, koleksi pertama Neonate telah diperkenalkan pada 26 Mei lalu menerusi laman Instagram, Twitter, You Tube dan juga Facebook.

Karl juga berkata, beberapa koleksi  pakaian dan aksesori baru akan dihasilkan setiap bulan bermula Jun ini yang akan dihasilkan oleh Karl dan juga pereka Neonate.

Pembelian dijalankan memalui emel dan penghantaran oleh pos laju. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui aktiviti terkini Neonate, boleh layari laman Instagram @neonate_clothing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments