Pelakon Lisdawati Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Lisdawati selamat bersalin

Tahniah buat pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang telah pun dikurniakan anak lelaki hasil perkongsian hidup.

Anaknya itu diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus dan nama itu dipilih oleh Lisdawati sendiri.

Bayi comel itu dilahirkan secara normal pada 13 Jun lalu.

Ujar Lisdawati, pemilihan nama itu diinspirasikan oleh seorang abang yang telah berjaya dalam hidupnya. Malah Lisdawati juga berharap anaknya itu menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

Menurut Fauzi pula, Lisdawati akan berpantang di rumah mereka dan akan mengupah seorang tukang urut sepanjang tempoh Lisdawti berpantang.

Lisdawati dan Fauzi juga turut memiliki anak bernama Nur Aina Farhana, 6 tahun dan Nur Ainaa Fazneesya 5 tahun.-sumber sinar harian 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments