Transformers : Age Of Extinction Lebih Menarik

Transformers Age Of Extinction

Bagi peminat  filem Tranformer, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton sekuel keempat Transformers : Age of Extinction yang mempunyai kelainan dari sebelumnya dan pasti penonton tidak akan berginjak sehingga selesai menonton.

Merupakan sebuah filem yang digarap dari Micheal Bay. Filem kali ini memaparkan nilai sebuah kekeluargaan iaitu hubungan bapa dan anak.

Teraju utama filem ini adalah aktor terkenal, Mark Wahlberg.Mengisahkan tentang sebuah bandar Chicago yang hampir musnah akibat pertarungan antara Optimus Prime dan Megatron. Manusia pula tidak lagi mempercayai Tranformers.

Harold Attinger mengarahkan pasukan tentera untuk memusnahkan kesemua Tranformers. Autobots san Optimus Prime pula mengambil langkah untuk menyembunyikan diri.

Seorang mekanik, Cade Yeager berjaya mengesan kehilangn mereka setelah membeli sebuah trak untuk tujuan menjual bahagiannya bagi mengumpul duit untuk membayar yuran sekolah anknya, Tessa.

Sekumpulan saintis dibawah seorang ahli perniagaan pula telah mencipta Tranformers mereka tetapi robot itu cuba menentang mereka.

Cade, Tessa dan Shane, teman lelakinya pula menjadi mangsa buruan tentera dan akhirnya mereka bekerjasama dengan Autobots untuk menyelamatkan bumi.

Masih mengekalkan autobots yang sama, sekuel kali ini juga menampilkan robot baru bernama Dinobots ( robot dinasour )

Filem Tranformers kali ini sememangnya memaparkan aksi-aksi pertarungan yang menarik. Selain nilai kekeluargaan, turut menyelitkan kisah cinta antara Tessa dan kekasihnya, Shane. – kredit Hmetro Online

Bagi anda, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem hebat ini di pawagam berdekatan anda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments