Yatt Hamzah Berhasrat Perkenal Suci Ke Peringkat Antarabangsa

yatt hamzah dan suci

Pelakon Yatt Hamzah menyatakan hasrat mahu memperkenalkan jenama pakaian muslimahnya, Suci ke peringkat antarabangsa dan membuka cawangan butik di negara-negara Asia.

Yatt Hamzah yang mempunyai butik di Kuala Lumpur, berhasray untuk membuka cawangan di Brunei dan Singapura. Ujarnya, Yatt melihat Brunei dan Singapura mempunyai pasaran yang berpotensi besar selain telah mempunyai pelanggan tetap dari kedua-dua negara tersebut.

Suci kini menyediakan 30 koleks busana muslimah dan juga tudung dan setiap rekaan tersebut menampilkan rekaan tersendiri dan warna berbeza.

Ujar Yatt lagi, dia berharap untuk mendaftarkan perniagaan kepada sendirian berhad bagi memudahkannya untuk mengembangkan jenama Suci di masa hadapan.-kredit Mstar Online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments