Album Baru Siti Nurhaliza Fragmen Mula Dijual

Album Baru Dato Siti Nurhaliza Fragmen

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akhirnya telah mula memasarkan album barunya berjudul Fragmen.

Album Fragmen diterbitkan sendiri oleh Siti Nurhaliza Production ( SNP ) dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Ujar Siti, album tersebut berkisarkan tentang kasih sayang, nilai dan semangat.

Album ini memuatkan sebanyak Sembilan buah lagu dan merupakan album Siti yang ke 15.

Siti turut meluahkan rasa syukur diatas kelahiran albumnya ini dan berharap album ini akan menjadi teman anda.

Album Fragmen ini bekerjasama dengan beberapa komposer seperti Mike Chan, Awi Rafael, Faizal Tahir, Hamid Mufari, Adi Pruyo, Lin Li Zhen, Acap dan Ade Govinda.

Malah turut menampilkan Aubrey Suwito selaku penerbit album. Siti juga mengucapkan terima kasih kepada Universal Music Malaysia kerana sudi menjalinkan kerjasama menerbitkan album ini bersama Siti Nurhaliza Production.

Jangan lupa untuk membeli dan mendengar lagu best dari Dato’ Siti Nurhaliza. Pastikan anda membeli yang original atau boleh membeli di Itunes.-kredit Media Hiburan

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments