Astro : Kelas 601 Bantu Persiapan Calon UPSR

Bagi membantu persiapan calon-calon yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal mengunjung tiba,

Astro Tutor TV UPSR dengan berbesar hati dan penuh rasa tanggungjawab akan membawakan sebuah program hiburan berpendidikan baru yang menekankan penggunaan Bahasa Melayu yang tepat berjudul Kelas 601.

Ianya mula ditayangkan pada setiap hari Sabtu bermula dari 2 Ogos 2014, jam 5 petang secara ekslusif di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601).
Kelas 601 Bantu Persiapan Calon UPSR

Drama bersiri pendidikan ini akan dibintangi oleh barisan pelakon mantap antaranya Elfira Loy, Yus Jambu, Wafiy dan Trisya dari Ceria Popstar Musim Kedua.

Serta penampilan istimewa, seorang ikon fesyen yang tidak asing lagi iaitu daripada Wak Doyok yang pastinya menghiburkan di samping padat dengan ilmu pengetahuan yang berguna.

Program yang berdurasi selama sepuluh minit setiap episod ini akan mempersiapkan calon-calon UPSR dengan pembetulan bagi setiap kesalahan lazim tata
bahasa, tip-tip untuk menjawab soalan UPSR, nota poket yang ringkas dan padat serta formula bagi menghafal nota Bahasa Melayu mengikut kaedah peta minda.

Setiap episod bakal menampilkan beberapa kesalahan lazim penggunaan Bahasa Melayu di dalam penulisan dan juga perbualan harian oleh watak-watak utama iaitu Afiq (Wafiy), Sara (Trisya), Abang Bob (Yus Jambu) dan Abang Lokman (Wak Doyok) menerusi sisipan di dalam rangkaian jalan cerita yang menarik.

Di sini, Kak Linda (Elfira Loy) bertindak sebagai tutor yang akan membetulkan setiap kesalahan dan memberikan kaedah penggunaan Bahasa Melayu yang tepat di samping memberikan tip-tip yang pastinya berguna semasa menjawab soalan UPSR.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menonton Kelas 601, pada setiap hari Sabtu bermula dari 2 Ogos 2014, jam 5 petang secara eksklusif hanya di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601). Kelas 601, membantu anda mahir dalam Bahasa Melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments