Drama Cinta Itu Kerja Allah Di TV2

drama cinta itu kerja allah lakonan afiq muiz

Sebuah drama menarik bertajuk ‘Cinta Itu Kerja Allah’ akan menemui penonton bermula 15 Julai ini menerusi slot Citra di TV2.

Drama yang bakal ditayangkan pada jam 10.00 malam itu menampilkan pelakon utama Afiq Muiz, Fimie Don dan Ramona Zamzam.

Cinta Itu Kerja Allah mengisahkan Johar, seorang pelajar lulusan universiti pulang ke kampung dan dilantik menjadi pengajar bagi menarik golongan muda mudi untuk mendekati masjid.

Johar kemudian bertunang dengan Fadilah atas persetujuannya sendiri. Fadilah merupakan seorang guru KAFA. Pertunangan mereka telah menyebabkan Samat yang pernah melamarnya berasa tidak puas hati.

Sutinah pula baru keluar dari pusat serenti nekad mendalami agama dan meninggalkan tabiat buruknya.

Semasa Sutinah sedang mengikuti kelas agama, dia pengsan dan Johar segera membantunya. Samat mengambil kesempatan merakamkan gambar kejadian dan menyebarkan fitnah menyatakan Johar dan Sutinah berkelakuan sumbang mahram.

Akibat fitnah itu, Johar hilang jawatan di masjid. Pertunangannya dengan Fadilah pula putus.

Sutinah cuba membuktikan bahawa gambar tersebut adalah gambar yang telah di edit.

Johar pula berusaha membawa Samat ke zaman semasa mereka kanak-kanak. Zaman persekolahan telah membuatkan Samad berasa insaf kerana mereka dahulu adalah kawan baik.

Samat akhirnya tekad untuk membersihkan semula nama Johar namun Samat mengalami kemalangan dan menyebabkan otaknya mengalami masalah.

Saat itu, semua orang tidak percaya akan cerita yang disampaikan Samad. Sutinah pula tidak putus asa dan berusaha sedaya upaya untuk membuktikan gambar tersebut adalah gambar yang diedit. Begitu juga dengan Samat, dia terus berusaha untuk membuktikan bahawa Johar tidak bersalah.

Fadilah pula berasa menyesal dan cuba kembali kepada Johar. Tetapi Johar membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dan meninggalkan kampungnya itu. Johar memilih Sutinah sebagai isterinya. Samat pula telah meninggal dunia akibat dari kemalangan tersebut.- kredit budiey.com

Jangan lupa untuk menyaksikan drama menarik ini. Pastinya banyak pengajaran dan makna tersirat yang dapat dipelajari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments