Izzue Islam Jual Biskut Raya

izzue islam jual biskut raya

Penyanyi dan juga pelakon Izzue Islam kini meluaskan lagi kerjayanya dengan menjalankan perniagaan menjual biskut raya.

Menggunakan jenama biskutnya sendiri, Izzuelicious Delicious Homemade dan merupakan hasil daripada resepi isterinya, Awin.

Izzue turut menyertai satu Festival Bazaar Ramadan Pusat Pemborong GM Klang anjuran Alfafa Green Resources Sdn Bhd bagi memasarkan biskutnya itu.

Ujar Izzue, terdapat 10 jenis biskut raya yang dijual yang merupakan pilihan dan juga kegemarannya. Antaranya Chrunchy Munchy dan Cjoc Volcano.

Izzue juga turut merancang untuk meneruskan menjual biskut ini sekiranya mendapat sambutan.-kredit Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments