Liputan Sukan Komanwel 2014 – Glasgow di Astro

Sukan Komanwel 2014 Glasgow
Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh Sukan Komanwel 2014 melalui platform televisyen dan Astro on the Go.

Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014.

Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk menonton tujuh saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200.

Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801.

Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Commonwealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada tujuh saluran dedikasi menerusi Astro on the Go. Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments