Muzik Video Lagu “Pulang” Maya Karin Sempena Hari Raya

Sempena dengan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, Penyanyi Maya Karin mempunyai sebuah lagu raya bertajuk “Pulang”.

Lagu “Pulang” dirakamkan pada tahun lepas. Ia mengisahkan tentang perjalanan anak muda yang tinggal di kota untuk pulang ke kampung.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Omar K yang berentak klasik dan catchy.

Lagu tersebut dirakamkan di kediaman Maya Karin sendiri. Turut menampilkan ahli keluarganya dalam muzik video tersebut. – sumber Media Hiburan

lagu pulang maya karin

Lirik Lagu :

Tiba Hari Raya, hiba tak terkata

Terkenangkan masa dengan bonda

Waktu kita bersama, bersuka dan duka

 

Pagi Aidilfitri usah tugas lagi

Setahun lama membanting tulang

Masa untuk kembali

 

Pulang lekas pulang

Janganlah kita tinggal seorang

Pulang lekas pulang

Ke pangkuan mereka tersayang

 

Tiba Hari Raya, risau dalam jiwa

Memikir sengketa keluarga yang bertahun lamanya

Tak mungkin dilupa

 

Pagi Aidilfitri usah kenang lagi

Sejarah hitam lama hidup mu

Mereka kan mengampun

 

Pulang lekas pulang

Janganlah kita menyesal nanti

Pulang lekas pulang

Janganlah kita melupa diri

 

Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga

Masa bercahaya hari ini hari raya

Lekas pulang

 

Marilah kita berjabat tangan dan bermaaf-maafan

Bahagia di hari lebaran

Hari yang mulia

 

Pulang lekas pulang

Janganlah kita menyesal nanti

Pulang lekas pulang

Janganlah kita melupa diri

 

Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga

Masa bercahaya hari ini hari raya

Lekas pulang

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments