Noraniza Idris, Razis Ismail & Azmir Arif Lancar Lagu Raya Kalimah Lebaran

Noraniza Idris, Razis Ismail & Azmir Arif Lancar Lagu Raya

Sempena dengan Hari Raya yang bakal menjelang tiba, Noraniza idris Production Ventures Sdn Bhd dengan Luncai Emas Sdn Bhd melancarkan sebuah lagu “Kalimah Lebaran” yang merupakan lagu bergenre pop tradisional daripada penyanyi Noraniza Idris dan berduet dengan penyanyi 80an, Razis Ismail dan penyanyi Azmir Arif.

Lagu ini menggabungkan 3 generasi penyanyi yang berlainan zaman. Lagu ini merupakan hasil Pak Ngah manakala liriknya oleh Ahmad Fedri Yahya.

Penyanyi baru Ihab Ismail juga melancarkan dua buah lagu baru Akar Kita Zapin dan Pahlawan Zafana.Lagu tersebut merupakan ciptaannya sendiri dan lirik ditulis oleh Ahmad Fedri Yahya.

Lagu ini akan dijual secara digital melalaui iTunes Store. Bagi nada dering pula boleh membeli di laman web semua syarikat telekomunikasi. – Kredit Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments