Que Haidar Berhasrat Mahu Ke Palestin

que haidar berhasrat mahu ke palestin

Meluahkan rasa sedihnya terhadap kejadian yang telah berlaku di Palestin, pelakon Que Haidar berusaha untuk mencari jalan memperjuangkan nasib mereka.

Que berfikir bagaimana untuk membantu mereka dan menerusi Maulana AF8, Que mendapat tahu tentang Aman Palestin dan satu mesyuarat telah diaturkan mengenai perkara tersebut.

Melalui mesyuarat itu, mereka telah mencapai persetujuan untuk membantu NGO tersebut. Mereka merancang untuk membawa Que ke sana dan itulah sebenarnya tujuan utama Que.

Ujar Que, dia berharap dapat menyedarkan masyarakat supaya sama-sama dapat membantu, selain doa dan sumbangan, sesuatu juga perlu dibuat bagi mengakhiri penderitaan rakyat di Palestin.

Katanya lagi, sebaik kembali dari Palestin, dia berharap dapat memberi talk tentang perjuangan Palestin kepada semua rakyat Malaysia. – sumber Sinar Harian

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments