Saksikan Nidji Reloaded Pada Raya Ke-4

Nidji
Nidji telah berada di Malaysia pada 17 Jun hingga 21 Jun yang lepas untuk rangka promosi album terbaru mereka yang berjudul “King of Soundtrack”.

Dalam kesempatan itu, Nidji juga sempat merakamkan sesi busking di Sungei Wang Walk bersama produksi TV9 untuk mempromosikan lagu lagu terbaru dan lagu lagu hit mereka.

Program busking ini diberi tajuk ‘Nidji Reloaded’ dan akan disiarkan pada Hari Raya keempat ini.

Kepada semua peminat Nidji atau lebih dikenali sebagai Nidjiholic, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Nidji Reloaded’ di TV9 pada jam 11.00 pagi di Hari Raya keempat bersamaan dengan 31 Julai 2014.

Lagu lagu yang dipersembahkan oleh Nidji pada hari tersebut termasuklah lagu terbaru mereka ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ dan ‘Teroesir (Menunggu Karma)’. Mereka turut mendendangkan lagu hit seperti ‘Hapus Aku’, ‘Biarlah’ dan ‘Laskar Pelangi’ yang dipersembahkan bersama beberapa bekas peserta ‘Idola Kecil’ sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments