Sinopsis Drama Omputeh Lakonan Zalif Sidek Dan Elyana

drama omputeh

Sebuah drama menarik bakal menemui penonton menerusi slot Panggung Khas Raya di RTM bertajuk “Omputeh”

Menampilkan pelakon utamanya, Zalif Sidek dan penyanyi Elyana. Drama ini mengambil latar sambutan Aidilfitri yang pastinya mencuit hati.

Omputeh mengisahkan pasangan suami isteri yang mempunyai dua orang cahayamata bergaduh kerana si suami, Omar yang sibuk dengan kerjanya. Isterinya, Puteh yang tidak dapat menahan sabar diceraikan oleh Omar dan hak penjagaan anak diberi kepada Puteh.

Puteh mengambil keputusan pulang ke kampung, Omar pula berasa serba salah kerana dia sangat rapat dengan anak-anaknya itu.

Omar tidak dapat fokus pada kerja kerana ketiadaan anaknya. Omar kemudian mengambil keputusan untuk bercuti bagi menyelesaikan masalah mereka.

Omar ke kampung Puteh dan menyamar sebagai Raymond, pelancong asing dan memakai rambut palsu. Segala rancangan Omar telah pun diketahui oleh Penghulu dan ayahnya.

Omar yang menyamar sebagai pelancong asing ingin membuat kajian tentang makanan tradisional masyarakat Melayu iaitu ketupat dan lemang.

Puteh pula membuka gerai menjual lemang pada bulan Ramadan. Sameon Kudung yang juga samseng dikampung telah menaruh hati pada Puteh. Sameon kudung cuba mencari peluang untuk menarik perhatian Puteh. Sebaliknya Puteh lebih selesa melayan Raymond.

Sameon yang melihat kemesraan Puteh dan Raymond begitu marah dan merancang untuk membakar gerai lemang Puteh. Ketika gerai itu hampir dibakar, berlaku satu perkara yang tidak diduga.. – kredit Budiey.com

Apakah yang terjadi selepas itu? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahan drama menarik ini yang akan disiarkan pada 29 Julai, 9.00 malam di TV1.

Merupakan arahan Ade Hasnoor Inrahin dan turut dibarisi pelakon lain seperti Pak Lah Cecupak, Ropie, Zulkifli Ismail, IIIya Buang, Amran Abu, Danial Iman dan Amirul Iman.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments