Siri Mampu Miliki – Koleksi Lagu Terbaik

Warner Music Malaysia ingin memperkenalkan satu siri album bajet iaitu album-album ‘Siri Mampu Miliki’ keluaran Warner Music Malaysia sendiri.

Album bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini merupakan album-album kompilasi segar di mana Warner Music mengeluarkan kembali album kompilasi dengan 14 buah lagu-lagu terbaik untuk setiap album.
Album Bajet Siri Mampu Miliki

Bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini berlangsung sejak bulan Mei 2014 sehingga awal tahun 2015.

Hampir 40 buah album akan dikeluarkan dalam jangka masa 10 bulan, di mana setiap bulan akan menerbitkan 4 buah album ‘Siri Mampu Miliki’ ini. Dengan harga serendah RM14.90, album kompilasi ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang dambakan lagu-lagu evergreen dari artis kesayangan mereka.

Sebagai permulaan, Warner Music Malaysia telah mengeluarkan album dari artis-artis terkenal seperti Saleem, Amelina, Raihan, dan Ella dan diikuti oleh Almizan, Uji Rashid, Mas Idayu dan Feminin.

Siri ini melibatkan semua artis-artis keluaran Warner Music Malaysia dari tahun 1970-an sehingga tahun 2000.

Jadi, rugi kalau anda terlepas dari memiliki album-album ini kerana harganya yang amat murah dan album-album seperti ini sudah sukar untuk didapati di kedai-kedai muzik pada masa kini.

Dengan menampilkan lebih banyak koleksi album, ‘Siri Mampu Miliki’ ini tentunya sesuatu yang dinantikan oleh para peminat muzik tempatan.

Artis-artis lain yang turut akan diterbitkan melalui album ‘Siri Mampu Miliki’ ini adalah seperti Broery Marantika, Klthsom, Nora, Dato’ Shake, Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Khadijah Ibrahim dan ramai lagi. Jadi, milikilah album-album ini dengan segera kerana ia merupakan antara album-album yang paling murah yang pernah Warner Music Malaysia terbitkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments