Skaf Rekaan Elfira Loy Dapat Sambutan Dari Golongan Dewasa

elfira jual skaf

Pelakon Elfira Loy memberitahu bahawa dia tidak menyangka hasil skaf rekaannya, Twinkle by Elfira begitu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada golongan dewasa.

Ujar Elfira, rekaannya itu dihasilkan dari lukisan tangannya dan mensasarkan kepada golongan seusianya sahaja. Namun tidak menyangka kerana ia mendapat sambutan daripada golongan dewasa yang berusia 40an.

Ujarnya lagi, corak skar tersebut dibuat olehnya manakala yang menguruskan perniagaan dilakukan oleh rakan niaganya.

Bercerita lanjut, Elfira berkata, ihlam membuat skaf tersebut timbul ketika dia bercuti ke Thailand dan mendapati bisnes tersebut mendapat sambutan. – sumber mstar online

Tahniah Elfira, semoga terus maju dalam bisnes yang diceburi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments