Yazid Search Tetap Bersemangat Melawan Penyakit

yazid search semangat lawan penyakit

Suatu ketika dulu, dia cukup lincah bermain dram  ketika mengadakan persembahan. Namun kini, Yazid Ahmad yang merupakan pemain drum kumpulan Search kini sudah tidak bermaya apabila menghidap penyakit dimana buah pinggangnya gagal berfungsi sejak enam tahun lalu.

Yazid kelihatan susut dan mengadu berasa sakit dibelakang badan.

Ujar Yazid, dia lebih gemar menyendiri kerana tidak mahu orang lain melihat kesakitan dan penderitaan yang ditanggungnya.

Yazid memerlukan wang perbelanjaaan sebanyak RM7000 sebulan, ini termasuk kos rawatan hemodialisis dan ubat-ubatan.

Yazid tetap kelihatan bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun terpaksa menahan kesakitan.

Selain itu, Yazid memberitahu kesihatannya juga tidak begitu konsisten. Kadang terasa okey, kadang berasa gatal badan, sesak nafas dan batuk. – kredit Utusan Malaysia

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah semoga Yazid kembali pulih dan sihat. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments