Ziana Zain Kini Tampil Berhijab

ziana zain tampil berhijab

Tahniah buat penyanyi Ziana Zain yang kini telah tampil berhijab demi memenuhi tuntutan agama Islam.

Ziana Zain memberitahu bahawa imej bertudungnya itu akan kekal sehingga akhir hayat.

“Alhamdulillah, saya kira ini adalah hadiah terbesar buat saya daripada ALLAH SWT di hari baik dan bulan mulia ini. Bermula hari Nuzul al-Quran, secara terbuka saya mahu mengumumkan kini sudah berhijab sepenuhnya.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 46 turut menyatakan dia tidak risau dengan rezeki dalam kerjayanya itu dan percaya rezeki itu semua datang dari Tuhan.

Sebelum ini, terdapat desas desus mengenai Ziana yang dikatakan mula berhijab sempena Ramadan namun tiada kenyataan dibuat darinya.-sumber Sinar Harian

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments