2014 – Perkembangan Terbaru Rita Rudaini

Rita Rudaini tidak merasakan krisis yang melanda antara dia dan bekas suami menjadi alasan untuk beliau gagal membesarkan dua cahaya matanya, Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 3 walaupun bergelar ibu tunggal.

Rita kini membesarkan kedua-dua orang anaknya itu bersendirian, manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak 27, berkahwin lain bersama Zarema Zainal, enam bulan selepas bergelar duda.

Perkembangan Terbaru Rita RudainiBagaimanapun berbeza dengan Aidil,

Dia kini tidak kisah hidup sebagai ibu tunggal kerana apa yang penting adalah kehidupan dua anak-anaknya.

Perkembangan terbaru beliau,

Masih menunggu filem lakonannya, Pengapit yang akan ditayangkan pada Oktober ini.

Manakala beliau sendiri kini sibuk menjalani penggambaran drama terbaru di TV9.

Selain karier seni, dia bersyukur kerana perniagaan atas taliannya iaitu produk kecantikan Rudaini Beaute Skincare dan Luv My Coffee by Rita Rudaini juga berjalan dengan lancar.

Setakat ini sambutan yang beliau terima memang menggalakkan. Beliau bersyukur walaupun melalui perniagaannya hanya melalui laman sosial, Instagram tetapi ramai yang ambil produk ini.

Beliau kini dalam perancangan untuk mengeluarkan jenama minyak wangi sendiri dan kini segalanya dalam perancangan.

Tambah Rita,

Biarpun perniagaannya kini sedang rancak, namun dia tidak berhasrat untuk berundur daripada industri seni.

Alhamdulillah, orang kata rezeki yang kita dapat sekarang ini adalah rezeki anak-anak – Rita Rudaini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments