Adnan Sempit Sawadikap Temui Penonton

adnan sempit sawadikap

Lagi sebuah filem sekuel terbaru dari MIG, Adnan Sempit Sawadikap yang masih menampilkan pelakon utama Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Along Cham.

Adnan Sempit Sawadikap mengisahkan tentang Adnan dan Bobby bersama Nadia dan Wawa, isteri mereka ingin bercuti ke Bangkok, Thailand dan menjalankan perniagaan di sana.

Bagaimanapun, passport Nadia dan Wawa tercicir dan menyebabkan mereka tidak dapat bercuti bersama.

Rupanya itu adalah rancangan Nadia yang mahu berehat dari menjaga anaknya. Pasport Wawa pula disembunyikan oleh Bobby kerana Bobby mahu bebas seketika semasa di Bangkok.

Semasa di Bangkok, Adnan telah kehilangan bayinya atas kecuaian Adnan sendiri. Adnan dan Bobby bertemu Nok kerana merasakan bayinya diculik oleh sindiket jahat.

Bermulalah kisah bagaimana mereka melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali bayi Adnan.  Bayi itu yang disangka anak Adnan juga rupanya turut menjadi buruan gangster yang menginginkan bayi tersebut. – kredit Utusan Online

Nak tahu kesudahan filem ini? jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments