Astro Tutor TV UPSR Lancar Aplikasi Pendidikan – UPSR iBuddy

Astro Tutor TV UPSR bakal melancarkan sebuah aplikasi pengiring pendidikan iaitu UPSR iBuddy.

Aplikasi ini direka khas untuk digunakan semasa menonton program TV bersiri UPSR Sains Bersama iBuddy yang akan disiarkan pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula dari 9 Ogos 2014 (Sabtu) pada jam 10.30 pagi, 6.00 petang dan 10.30 malam secara eksklusif hanya di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601).

UPSR iBuddy boleh dimuat turun secara percuma untuk semua peranti iOS dan Android di App Store dan Play Store.

UPSR iBuddy

Para pengguna juga boleh melayari laman web ibuddy.my melalui komputer, telefon bimbit dan tablet dengan menggunakan pelayar Internet seperti Internet Explorer, Google Chrome, Firefox ataupun Safari.

Aplikasi ini menerapkan konsep pembelajaran seiringan dengan TV yang menceriakan

Aplikasi ini memuatkan kaedah pembelajaran interaktif dengan pelbagai nota ringkas beserta visual grafik yang menarik. Para pengguna juga boleh menguji tahap pemahaman mereka dengan menjawab rangkaian soalan Pop Kuiz dan Kuiz Tambahan yang disediakan.

Papan Markah turut dimuatkan untuk pengguna menganalisis jumlah mata terkumpul dan kedudukan terkini berbanding para pengguna yang lain.

Peraduan aplikasi UPSR iBuddy

Bersempena dengan pelancaran siri dan aplikasi ini, Astro Tutor TV UPSR juga akan menganjurkan peraduan dengan menggunakan aplikasi UPSR iBuddy.

Peraduan yang akan bermula dari 9 Ogos hingga 7 September ini memerlukan para penonton mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi ini ataupun daftarkan diri dengan melayari ibuddy.my dan seiringkan dengan siri UPSR Sains Bersama iBuddy di Astro Tutor TV UPSR dan jawab soalan kuiz yang disediadakan untuk setiap episod.

Setiap minggu, seorang pengguna UPSR iBuddy yang mengumpul markah tertinggi akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad Mini manakala pemenang tempat kedua hingga kelima akan membawa pulang pelbagai hadiah cenderahati eksklusif dari Astro Tutor TV.

Maka mantapkan persiapan untuk menghadapi UPSR dengan menonton siri UPSR Sains Bersama iBuddy pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula dari 9 Ogos 2014 (Sabtu) pada jam 10.30 pagi, 6.00 petang dan 10.30 malam secara eksklusif hanya di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601) seiring dengan pembelajaran interaktif melalui aplikasi UPSR iBuddy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments