Azhan Rani Bawa Watak AR Tompel Dalam Telefilem Saloma

azhan rani

Sebuah telefilem bertajuk Saloma akan disiarkan pada 28 Ogos ini di saluran Astro First Eksklusif.

Menampilkan pelakon seperti Nabila Huda, Azhan Rani, Tony Eusoff, Sharifah Amani, Sazzy Falak, dan Hasnol Rahman.

Bagi Azhan Rani, yang diberi watak sebagai AR Tompel berkata, bukan mudah untuknya membawa watak tersebut dan menjelaskan dia sendiri kurang yakin untuk menerima tawaran yang diberi oleh Melissa Saila.

Ujar Azhan, dia begitu berhati-hati untuk membawa peranan watak tersebut kerana tidak mahu merosakkan peranan tersebut dan amat menghormatinya.

Katanya lagi, sebaik melihat dirinya lengkap dengan solekan dan bergigi palsu, timbul keyakinan untuknya membawa watak tersebut.

Ahzan juga melahirkan rasa terharu di atas kepercayaan yang diberikan oleh Melissa Saila kepadanya.-kredit Mstar Online

Buat anda, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan telefilem Saloma hanya di saluran Astro First Ekslusif pada 28 ogos ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments