Drama Abangku Patriot Mengenang Pejuang Lahad Datu

 

abangku patriot

Sebuah drama khas “Abangku Patriot” bakal disiarkan pada 31 Ogos ini di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 9.00 malam di TVi.

Drama ini disiarkan sempena mengenang kembali jasa pejuang yang telah gugur ketika bertugas di Lahat Datu.

Mengisahkan tentang Zaharin, seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya. Bercita-cita menjadi seorang jurutera. Abangnya, Zaimi pula tidak minat dengan pelajaran. Selepas tamat SPM, Zaimi menyertai Askar DiRaja Malaysia sebagai prebet dan kini sudah mendapat pangkat sebagai kopral.

Zaharin pula menganggap Zaimi mensia-siakan dirinya apabila menyertai aksar. Baginya pekerjaan itu hanya untuk mereka yang tidak pandai dan gagal dalam pendidikan.

Hal itu menyebabkan hubungan mereka renggang. Zaharin yang sering mengutuk kerjaya abangnya itu berkata Malaysia terlalu aman dan tiada perang.

Suatu hari, kedua ibubapa mereka maut akibat kemalangan. Zaharin kemudian terpaksa tinggal dengan Zaimi dan isterinya di kawasan perumahan askar.

Zaimi pula menanggung persekolahan Zaharin. Zaharin kemudian menerima biasiswa untuk masuk ke Universiti.  Empat tahun berlalu, Zaimi datang ke upacara graduan Zaharin. Ini menyebabkan Zaharin malu dengan rakan-rakannya bahawa abangnya seorang askar berpangkat sarjan.

Zaharin marah kepada abangnya dan menyuruh jangan campur lagi urusannya. Zaimi yang terkilan terus berlalu pergi.

Tiga tahun selepas itu, Zaharin berjaya menjadi seorang jurutera di sebuah syarikat terkenal.

Berlaku sebuah peristiwa di Lahad Datu pada April 2013. Peristiwa ini mendapat perhatian seluruh dunia. Zaharin pula tidak langsung kisah mengenainya. Namun, apabila mengetahui abangnya terbunuh dalam kejadian itu, Zaharin sangat terkejut.

Zaharin sangat menyesal kerana menganggap kerjaya abangnya itu tidak penting baginya dan negara.

Semasa berada di rumah arwah abangnya, Zaharin berasa sedih kerana melihat gambarnya yang memenuhi dinding rumah. Isteri arwah, Rashidah memberitahu Zaharin bahawa abangnya itu sangat bangga dengan kejayaannya.

Zaharin akhirnya meletak jawatan dan mengambil keputusan menjadi jurutera askar. – kredit Media Hiburan

Buat anda, jangan lepaskan peluang menyaksikan drama ini hanya di TVi pada 31 Ogos ini. Selamat menonton.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments