Drama Jalan Kembali Dari Syamsul Yusof

 

syamsul bakal nikah puteri sarah

Sebuah drama siri bakal menemui penonton bertajuk Jalan Kembali yang diarahkan oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Production.

Drama Jalan Kembali dibarisi pelakon hebat seperti Sheera Iskandar, Qazen Nor, Lufya Sheikh Omar, Aznah Hamid dan Dato’ Aziz Singah.

Drama ini telah mula ditayangkan pada 11 Ogos yang lalu, di TV2 setiap hari Isnin, jam 9.00 malam.

Mengisahkan tentang Tasya dan Amy berkawan rapat sejak sekolah lagi memilih untuk berkawan dengan mat rempit. Mereka berkawan rapat dengan geng yang diketuai keting yang digelar sebagai Raja Rempit KL.

Mus pula seronok dengan kehidupannya yang suka berlumba haram. Nasibnya kurang baik apabila tewas dalam perlumbaan dengan Acai, anak didik Keting. Dani pula seorang bekas mat rempit kembali bertaubat setelah dibebaskan dari penjara dan bekerja sebagai penghantar surat.

Ibu Tasya, Suria sering meleteri Tasya yang selalu lepak diluar sehingga lewat malam. Amy pula resah dengan bapanya yang merupakan seorang kaki judi dan menjadikannya sumber mendapatkan wang.

Bapa Mus pula kecewa dengan sikap Mus. Dani pula melarikan diri apabila ternampak Keting. Keting pula berusaha memburu Dani.

Dani begitu kesal kerana Mus dan rakan yang lain tidak mahu menerima nasihatnya supaya berhenti dari kegiatan lumba haram. Dani yang tersrempak dengan Acai diugut supaya pergi menemui Keting. Dani gelisah kerana ada berhutang dengan Keting berjumlah RM5 ribu sebelum dia dipenjarakan.

Acai pula kalah dalam perlumbaannya dengan Mus. Keting menasihati Acai agar berhati-hati kerana polis sedang memburunya. Mus juga turut diburu polis. Mus akhirnya menyerah diri. Tasya pula melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dileteri ibunya.

Mus menyampaikan hasrat kepada bapanya untuk berhenti kerja dan hidup berdikari. Bagaimanapun dibantah oleh bapanya.

Amy pula marah kepada Ah Long agar dirinya dipinjamkan kepada mereka bagi menyelesaikan hutang Razali. Mus pula sering membantu Amy dari segi kewangan. Razali yang terus memujuk Amy supaya dipinjamkan kepada Ah Long bertindak mengajak Tasya melarikan diri dan menyewa rumah di luar bandar.

Keting pula menyahut cabaran musuh lama, Lan Botak untuk berlumba. Namun Keting kalah dalam perlumbaan tersebut.

Dani memujuk Tasya agar membaca buku-buku agama. Tindakannya itu menyebabkan Acai marah dan menumbuk Dani. Tasya pula marah apabila mendapat tahu Amy dan Acai keluar makan bersama. Rupanya Acai menyukai Amy.

Amy terkejut dan menolak dengan cara baik. Mus pula cemburu dan menuduh Amy perempuan murahan.  Amy pula menerima ugutan Ah Long bahawa Razali telah dikurung oleh Ah Long dan disiksa.

Amy diperangkap bapanya. Amy diculik oleh Ah Long ketika dia terkejut melihat bapanya yang maut dilanggar. Mus segera membuat laporan polis tentang penculikan itu. Tasya yang mengetahui penculikan itu turut sama membantu menyelamatkan Amy.– kredit Media Hiburan

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Dapatkah Amy diselamatkan? Dan apakah mereka akan kembali ke pangkal jalan? Untuk mengetahui kesudahan drama ini, jangan ketinggalan menyaksikannya di TV2, setiap Isnin jam 9.00 malam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments