Drama Kalau Itu Jodoh Kita Di TV AlHijrah

kalau itu jodoh kita

Sebuah drama bersiri menarik kini menemui penonton di  stesen TV AlHijrah bertajuk ‘Kalau Itu Jodoh Kita’ yang telah pun bermula pada 12 Ogos lalu, setiap hari selasa, jam 10.00 malam.

Drama tersebut menampilkan pelakon seperti Qi Razali, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose, Aidil Aziz dan Noremy Ramli.

Diarahkan oleh Mohd Penislin@Roslin Sharif dan diterbitkan oleh Hyper Pictures Sdn Bhd.

Drama sebanyak 13 episod ini mengisahkan tentang Lufta yang dipaksa berkahwin dengan Feroz atas pilihan keluarganya.

Muncul kekasih lama Feroz, Irin yang cuba memisahkan mereka. Lufta mula berubah apabila mendapat tahu mengenai hubungan suaminya dengan Irin.

Ingin tahu kesudahan drama menarik ini? Jangan lupa saksikan hanya di TV AlHijrah setiap selasa, jam 10.00 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments