Drama Tentang Hati Lakonan Fasha Sandha & Aaron Aziz

Aaron Aziz

Sebuah drama bersiri baru yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Tentang Hati” telah menemui penonton bermula 6 Ogos lalu.

Drama sebanyak 13 episod ini menampilkan lakonan Fasha Sandha, Aaron Aziz, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir.

Tentang Hati mengisahkan seorang pemilik resort bernama Azia, menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan. Dalam masa yang sama, Umar menyimpan perasaan kepada Azia.

Drama ini memaparkan babak percintaan dan kekeluargaan yang pastinya penonton teruja untuk menontonnya.

Merupakan sebuah drama arahan dari Feroz Kadir terbitan Global Station Sdn Bhd. – sumber budiey.com

Jangan lupa menyaksikan drama menarik ini, setiap Rabu dan Khamis, pada pukul 9.00 malam hanya di TV2. Selamat menonton.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments