Ema Emyliana Musim 2

Drama bersiri Ema Emyliana kini kembali dengan musim kedua menerusi slot Bananana! di TV3.

Drama bersiri 20 episod terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Azmi Hatta dan nukilan skrip oleh Nasir Sulaiman ini bakal menemui penonton pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 6.30 petang mulai 13 Ogos 2014.

Ema Emyliana Musim 2
Ema Emyliana musim kedua menampilkan barisan pelakon seperti Eyka Farhana, Harris, Eryyne Erryna, Naim Danial, Fiffy Natasha, Elly Mazlein, Roy Azman, Eddy Asyraf dan penampilan istimewa Jihan Musa dan Altimet.

Drama ini mengisahkan seorang gadis yang mempunyai kehidupan berbeza dengan gadis lain yang seusia dengannya. Emyliana (Eyka Farhana) seorang penyanyi remaja yang popular. Kini, dia merasakan semakin sukar untuk menjalani kehidupan sebagai remaja biasa. Emyliana seperti mempunyai dua kehidupan berbeza apabila dia menjadi Emyliana dan juga Ema pada masa yang sama.

Siti (Eryyne Erryna) dan Joey (Harris) rakan kepada Emyliana yang membantu Emyliana mengendalikan Emyliana Fans Club juga sibuk menguruskan jadual waktu Emyliana.

Zek (Eddy Asyraf) ialah penyanyi remaja yang juga sedang meningkat naik. Zek menganggap Emyliana sebagai pencabarnya dan merasakan yang popularitinya akan terganggu jika Emyliana terus popular. Jadi, Zek mahu merapatkan dirinya dengan Emyliana untuk mengetahui kelemahan Emyliana.

Taufik (Naim Danial) yang juga meminati Emyliana rasa tersisih apabila Emyliana begitu sibuk dengan pelbagai urusan. Emyliana mencadangkan ingin mengambil pasukan pengurusan yang lebih profesional dan salah faham telah berlaku antara Emyliana, Siti dan Zoey.

Miss Kay (Jihan), seorang wartawan paparazzi teruja apabila mendapat tahu Emyliana mungkin bukan seperti Emyliana yang dikenali ramai dan dia mula menjalankan operasinya untuk membongkar identiti Emyliana.

Mama dan Papa Emyliana juga berpendapat bahawa mereka perlu menukar identiti untuk menonton persembahan Emyliana. Oleh itu, berlaku pelbagai kejadian yang melucukan apabila Mama dan Papa Emyliana telah mencuba identiti baharu sehingga Ema juga tertipu dengan penampilan baharu mereka!

Walaupun Zek dan Miss Kay mempunyai muslihat yang tersendiri tetapi semuanya menjadi kucar-kacir. Zek yang pada mulanya hanya berlakon untuk mengambil hati Emyliana telah benar – benar jatuh hati kepada Emyliana.

Adakah misi Zek dan Miss Kay akan berjaya? Benarkah Zek telah jatuh hati pada Emyliana? Dapatkah Zek memastikan dia ialah penyanyi remaja yang paling popular? Bagaimana pula dengan kesudahan hubungan Emyliana dan Taufik?

Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya teruskan mengikuti drama Ema Emyliana menerusi slot Bananana! setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 petang di TV3 bermula pada 13 Ogos ini.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments