Filem Mercenaries – The Expendables Versi Wanita

Kehebatan aksi yang dimiliki filem ‘Mercenaries’ ini dikatakan setanding seperti filem hebat ‘Mission Impossible’ dan ‘The Expendables’ dan mampu menjanjikan kepuasan buat peminat filem aksi.

Filem terbitan The Asylum Home Entertainment dibawah arahan Christopher Ray ini tidak boleh dipandang rendah walaupun ia menampilkan sekumpulan wanita sebagai penggerak watak utama.

Filem MercenariesBerbeza dengan Filem “The Expendables” dimana ianya menampilkan barisan wanita sebagai peneraju dalam filem ini.

Ia menampilkan empat wanita bernama Clay (lakonan Zoe Bell), Kat (lakonan Kristanna Loken), Raven (lakonan Vivica A. Fox) dan Mei-Lin (lakonan Nicole Bilderback).

Keempat-empat mereka sebenarnya mempunyai kehebatan tersendiri yang dipercayai oleh pihak CIA mampu untuk menumpaskan penjenayah-penjenayah tersebut. Bukan calang-calang wanita, mereka  terdiri dari pakar pertahanan diri, pakar membidik tepat, pakar bom dan pakar taktikal.

Gabungan empat wanita luar biasa ini sungguh menarik dan menjadi kekuatan untuk penonton terus mengikuti misi mereka sehingga akhir.

Kisahnya bermula apabila satu misi merbahaya yang diatur oleh pihak CIA dalam usaha menyelamat anak Presiden Amerika yang telah diculik  oleh sekumpulan penjenayah antarabangsa ketika melawat zon perang.

Kumpulan elit yang dianggotai oleh pejuang komando wanita ditugaskan untuk menyusup ke sebuah penjara wanita bagi menyempurnakan misi sulit tersebut.

Aksi menembak, berlawan dan bertempur yang dipersembahkan dalam Mercenaries juga tidak menghampakan.

Setiap babak ke babak dimuatkan dengan aksi dan drama yang menimbulkan rasa cemas buat penonton untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi di akhir cerita.

Ianya akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 28 Ogos ini.

Trailer Filem Mercenaries

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments