Joe Flizzow dan Altimet Jadi Duta Guvera

Joe Flizzow dan Altimet Jadi Duta Guvera
Bintang hip hop tempatan Joe Flizzow dan Altimet dipilih sebagai duta Guvera bagi mempromosikan per­khidmatan muzik yang ditawarkan syarikat berkenaan.

Guvera yang ditubuh–kan pada 2008 di Australia adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan muzik dengan sokongan pengiklanan yang boleh didapati melalui laman web termasuk aplikasi mudah-alih.

Perkhidmatan muzik seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia, namun Guvera dikatakan aplikasi paling efisyen.

Menurut Presiden merangkap Pengarah Urusan Guvera Asia Michael Wallis Brown,

Di samping pengalaman baru, Guvera secara tidak langsung membantu perkembangan artis dan industri tempatan melalui pendedahan yang diberikan.

Terbaru, kami menandatangani perjanjian sebagai rakan perniagaan untuk Lenovo.

Melalui usaha sama itu, aplikasi perkhidmatan muzik Guvera akan terus muatkan dalam produk Lenovo seperti telefon pintar dan tab­let

Selain Joe Flizzow dan Altimet, artis tempatan yang bekerjasama dengan Guvera ialah SonaOne dan Faizal.

Untuk kadar langganan, Guvera mengenakan caj sebanyak RM14.99 sebulan dan pengguna boleh menikmati kelebihan mengakses muzik atas permintaan, selain melangkah memainkan sesuatu lagu dengan mudah.

Kredit gambar – hardwarezone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments