Konsert Hayat – 45 Tahun Seniman Ramli Sarip

Konsert Hayat - 45 Tahun Seniman Ramli Sarip
Datuk Ramli Sarip akan me­ngadakan Konsert Hayat – 45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang akan berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 17 hingga 19 Oktober ini dan Esplanade Singapura pada 21 Oktober.

Konsert yang dibawakan oleh Rasamusic Sdn Bhd ini menampilkan barisan pemuzik Man Kidal (gitar utama), Rizal Halim (gitar kedua), Tom Anuar (drum), Fauzie Zain (bass), Roza Rasul (kibod utama), Belle Fatah (kibod kedua), Kamrulbahrin Hussin (perkusi utama), Paang Zaman (perkusi kedua), Boy Razli (flute/gambus) dan pemuzik jemputan seperti Aji Samin (gitar) dan Din Safari (bass).

Ianya turut menampilkan penyanyi kumpulan rock legenda Indonesia, Achmad Albar bagi sama-sama menghangatkan pentas nanti.

Selain konsert, Ramli turut merancang mengadakan galeri lukisan untuk menjual koleksi peribadinya buat peminat dan hasil kutipannya akan disumbangkan kepada badan-badan tertentu yang memerlukan.

Menurut Datuk Ramli Sari,

Apa yang berlaku dalam tempoh 45 tahun mengambil masa agak panjang untuk diceritakan. Konsert Hayat akan mengimbau mengenai satu pengalaman dan sebuah cerita yang berlaku dalam persembahan dan lagu. Ia mengenai bagaimana sesuatu persembahan itu akan dipakej supaya ia lebih bercorak antarabangsa.

Persembahan ini hanya berlangsung selama dua jam setengah. Untuk itu cabarannya ialah memilih lagu yang sesuai kerana saya mempunyai banyak koleksi lagu.

Saya cuba wujudkan elemen santai kerana tahu selalunya persembahan di IB nampak ‘ketat’, tapi konsep muzik saya ialah lagu yang diubahsuai.

Saya jemput Aris dan Dayang kerana mereka mewakili sebuah zaman yang berbeza. Ia satu jalan cerita yang perlu digerakkan.

Begitu juga penampilan Sweet Charity nanti kerana tanpa Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaffar, saya takkan sempurna dalam bidang seni.

Tiket untuk konsert di IB dijual pada harga RM83 hingga RM443 dan boleh ditempah menerusi iLassotickets.com atau hubungi 03-79576088 dan boleh ditempah menerusi laman web www.sistic.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments