Lebih Banyak Aksi Sukan Dari FOX SPORTS di Astro

Kini para peminat sukan boleh menyaksikan lebih banyak program sukan di Astro dengan penyusunan semula portfolio saluran untuk rangkaian saluran FOX Sports bermula dari 15 Ogos 2014.

Perubahan tersebut akan memperlihatkan penjenamaan semula rangkaian saluran sedia ada dari FOX Sports, STAR Sports dan FOX Sports Plus kepada FOX Sports, FOX Sports 2 dan FOX Sports 3 di platform televisyen Astro di mana setiap saluran akan memenuhi kehendak peminat sukan yang pelbagai.

Lebih Banyak Aksi Sukan Dari FOX SPORTS di Astro
FOX Sports (HD Saluran 832/SD Saluran 812) – Saluran Perdana

Menampilkan acara-acara sukan utama, rangkaian sukan yang popular dan pelbagai sukan, perlawanan dan perlumbaan penting akan dimuatkan dalam saluran perdana ini antaranya Barclays Premier League (BPL), La Liga, UFC, pusingan suku akhir dan akhir Tennis Grand Slam serta perlumbaan-perlumbaan utama F1.

Info: FOX Sports adalah sebahagian daripada Astro Sports Pack dan terdapat dalam definisi tinggi (HD)dan definisi standard (SD).

FOX Sports 2 (Ch. 813) – Hit & Run

Saluran pilihan untuk acara-acara sukan yang melibatkan olahraga, bola dan raket antaranya Tennis Grand Slams, Golf Majors, Liga Bolasepak Eropah dan Asia, Major League Baseball (MLB), Indian Badminton League (IBL) dan International Amateur Athletics Federation (IAAF).

Info: FOX Sports 2 akan menggantikan saluran STAR Sports yang merupakan sebahagian daripada Astro Sports Pack.

FOX Sports 3 (Ch. 818) – Feel the Rush

Saluran yang memuatkan acara-acara sukan bermotor, pertarungan kombat dan sukan ekstrem antaranya F1, MotoGP, One FC dan Extreme Games Asia.

Info: FOX Sports 3 akan menggantikan saluran FOX Sports News yang merupakan sebahagian daripada Astro Family Pack. Saluran FOX Sports News boleh didapati in Astro on the Go bermula dari 11 Ogos 2014.

Untuk maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 03-9549

3838.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments