Linkin Park – Hunting Party

Linkin Park - Hunting Party

Linkin Park kembali lagi dengan album studio mereka yang ke-6 : Hunting Party yang telah dilancarkan pada 17 Jun dibawah Machine Shop Recordings / Warner Bros Records.

Hunting Party membuktikan zaman awal kewujudan Linkin Park telah sampai ke kemuncak untuk merealisasikan masa depan mereka.

Album ini dihasilkan sendiri oleh ahli Linkin Park – Mike Shinoda dan Brad Delson dimana ianya mengambil masa hampir setahun untuk dirakam dan disiapkan.

Turut menampilkan artis undangan – Page Hamilton dari Helmet, Rakim, Daron Malakian dari System of a Down, dan Tom Morello dari Rage Against the Machine.

Antara Single yang turut dimuatkan dalam album ini :-

  1. “Guilty All the Same” – Released: March 7, 2014
  2. “Until It’s Gone” – Released: May 6, 2014
  3. “Final Masquerade” – Released: June 8, 2014

Menurut Shinoda bila ditanyakan tentang pemilihan tajuk album – Hunting Party

We got so sick of other bands trying to be other bands and playing it safe the whole time, so the album name comes from a theory about culture becoming too passive, everyone just standing around waiting for opportunities to come to them instead of going out and getting theirs.

I’m aware there are always going to be heavier bands than us, but The Hunting Party is Linkin Park going out and getting it for ourselves

Tak faham?

Anda boleh buka kamus atau gunakan Google Translate. Tetapi nampak beliau tidak berkenan dengan dunia hiburan sekarang.

Album-The-Hunting-Party-Linkin-Park

Kontest Linkin Park – Hunting Party

Pihak HyeBro dengan kerjasama Warner Music Malaysia ingin mengadakan kontest istimewa Linkin Park – Hunting Party untuk pembaca blog ini.

Antara hadiah yang bakal anda menangi adalah – 10 lanyards, 10 keychains, 5 CD & 3 Topi.

Apa yang anda hanya perlu buat:-

  1. Jawab 2 soalan mudah “Senaraikan 6 lagu Linkin Park yang paling anda minati” dan “Siapakah yang menghasilkan album terbaru Linkin Park berjudul – Hunting Party”
  2. Tinggalkan jawapan pada ruangan komen dibawah (komen menggunakan id facebook anda) dan tag 3 orang rakan facebook anda.
  3. Tweet post ini dengan hastag #ContestBro, kemudian tag @broframestone dan @wmmalaysia. (sudikan follow twitter kami)
  4. Like page HyeBro! dan Warner Music Malaysia (penaja untuk album ini).
  5. Kemudian Private Message (PM) ke facebook HyeBro! (jangan lupa like) – PM maklumat seperti Nama Penuh, Alamat, No Phone & twitter id anda. (Maaf, maklumat ini penting dimana pernah ada pemenang sebelum ini gagal memberikan detail untuk memudahkan kami pos hadiah).
  6. Itu sahaja, kontest ini berlangsung sehingga 10 Ogos 2014 (11.59pm) & pemenang akan kami hubungi melalui Facebook (jangan lupa PM detail penyertaan kepada kami di page HyeBro!)
  7. 10 pemenang pertama yang menjawab dengan betul dan menyelesaikan tugasan terpantas akan menerima 1 lanyard dan 1 keychain setiap seorang. Manakala 5 CD & 3 Topi akan diberikan kepada 8 orang bertuah yang akan dipilih secara random (mereka juga layak memenangi 1 lanyard dan 1 keychain sekiranya tersenarai sebagai 10 pemenang pertama)

Kontest “Linkin Park – Hunting Party” ditaja sepenuhnya oleh Warner Music Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments