Melly Goeslaw – Cinta Dan Ibadah

Melly Goeslaw Cinta Dan Ibadah
Melly Goeslaw muncul kembali dengan single terbaru berjudul ‘Cinta Dan Ibadah’ yang amat ditunggu-tunggu oleh para peminat beliau di Malaysia.

Single beliau kali ini menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri bertajuk “Cinta Ibadah” yang akan bersiaran di Astro Prima tidak lama lagi.

Ini juga merupakan kali pertama Melly Goeslaw menghasilkan lagu tema untuk pasaran Malaysia dan dilancarkan di Malaysia.

Lagu ‘Cinta Dan Ibadah’ adalah single terbaru yang diinspirasikan dari senario cerita tersebut.

Setiap hasil nukilan beliau akan mempunyai jalan cerita yang menggambarkan kehidupan sebenar dan semua lagu yang dihasilkan telah difikirkan dengan teliti, bermula dari intro hingga ke penghujung lagu-lagu yang dihasilkan.

Dengan terhasilnya lagu ini, Melly berharap semoga karya beliau yang terbaru ini mampu mengubat kerinduan masyarakat Malaysia dan lagu ‘Cinta Dan Ibadah’ ini akan menjadi sebuah lagu tema yang bersejarah.

Anda boleh menyaksikan sendiri muzik video “Cinta Dan Ibadah” yang baru sahaja dimuat naik di YouTube.

Menurut Melly,

Kira-kira lima bulan yang lalu, pihak Astro telah menghubungi saya dan menawarkan saya peluang mencipta sebuah lagu untuk drama bersiri ini.

Setelah membaca sinopsis drama berkenaan, saya cukup tertarik dengan kekuatan cinta yang ditonjolkan oleh setiap karakter dan terus bersetuju menerima tawaran tersebut.

Cerita ini sangat berbeza dan mempunyai kelainan yang tersendiri jika dibandingkan dengan drama yang lain. Malah, cerita sebegini juga tidak pernah dibikin di negara saya.

Drama bersiri arahan Ayie Mustafa dan Sridhar Jetty ini bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 5 petang bermula 8 September ini menerusi Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Antara pelakon yang terlibat menjayakan drama Cinta Ibadah termasuklah Aishah Illias, Fattah Amin, Raja Iylia, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah dan Shahronizam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments