Menunggumu Di Pintu Syurga Novel Khas Buat Memen

novel menunggumu di pintu syurga

Sudah 40hari arwah Memen pergi menghadap Ilahi. Arwah merupakan anak kepada pelakon Linda Rafar. Memen atau nama sebenarnya Rezaimen Kiflin Kifli disahkan menghidap kanser tahap ke empat.

Arwah Memen ketika sakit sempat menulis keadaannya dalam sebuah diari. Kini, Linda sedang betungkus lumus menghasilkan sebuah novel bertajuk ‘Menunggumu Di Pintu Syurga’. Novel ini menceritakan pengalaman dan kisah sedih yang telah berlaku.

Ujar Linda, idea menulis novel ini datang selepas kematian anaknya. Linda juga berterima kasih kepada PTS dan penulis Bahruddin Bekri yang membantu dalam menghasilkan novel tersebut.

Kesedihan Linda tidak pernah dikongsi bersama keluarganya malah novel yang bakal diterbitkan ini todak melalui perbincangan dengan keluarga. Suaminya juga tidak tahu akan rancangannya untuk menghasilkan novel ini.

Ujar Linda, semoga penghasilan novel ini semuanya berjalan lancar. – kredit Utusan Online

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments