MTV World Stage Malaysia 2014

2014 mtv world stage malaysia b o b jennifer hudson
MTV World Stage Malaysia 2014 kembali lagi untuk dirakam secara langsung untuk global telecast, akan mengambil tempat di Surf Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu 16 Ogos 2014.

Ini merupakan tahun ke-6 ianya diadakan di Malaysia

Menampilkan pemenang Grammy® Award yang juga pemenang pelakon wanita Academy Award and Golden Globe, Jennifer Hudson bersama dengan pemenang anugerah Billboard Hot 100 hip hop artist, singer-songwriter and record producer, B.o.B.

Mereka berdua tidak asing di MTV kerana mereka telah mengadakan persembahan di MTV VMAs, manakala BoB juga telah dilakukan pada MTV EMAs.

Tidak lupa juga penyanyi Malaysia yang merupakan Penyanyi/Penulis Lagu Antarabangsa – Yuna dan juga Kumpulan K-pop idola pertama dibawah naungan Universal Music Group International – Boys Republic.

Tayangan premier akan ditayangkan pada Rabu, 20 Ogos pada 6.30pm (WIB), 7.30pm (SG) dan 8.30pm (MAL) dan ulangan pada hari yang sama pada pukul 10pm (WIB), 11pm (SG) dan 12am (MAL).

Ia juga akan ditayangkan secara premier di Filipina pada Jumaat, 29 Ogos pada 10pm.MTV World Stage Malaysia 2014

Aturcara Istimewa

Menjelang MTV World Stage Malaysia 2014 itu nanti, MTV juga akan menampilkan persembahan istimewa dari artis berikut :-

My Celeb: Yuna + MTV Hits: Yuna

  • 16 Julai pada 6.30pm (WIB), 7.30pm (SG/HK), 8.30pm (MAL) dan ulangan pada hari yang sama pada 10pm (WIB), 11pm (SG/HK), 12am (MAL)
  • 6 Ogos pada 6.30pm (WIB), 7.30pm (SG), 8.30pm (MAL) dan ulangan pada hari yang sama pada 10pm (WIB), 11pm (SG/HK), 12am (MAL)

MTV Presents: Boys Republic + K-Wave: Boys Republic

  • 23 Julai pada 6.30pm (WIB), 7.30pm (SG/HK), 8.30pm (MAL) dan ulangan pada hari yang sama pada 10pm (WIB), 11pm (SG/HK), 12am (MAL)
  • 13 Ogos pada 6.30pm (WIB), 7.30pm (SG), 8.30pm (MAL) dan ulangan pada hari yang sama pada 10pm (WIB), 11pm (SG), 12am (MAL)
  • Penampilan  istimewa dari K-Wave: Boys Republic pada 7, 8, 11, 12, 14, dan 15 Ogos pada pukul 4pm (WIB), 5pm (SG), 6pm (MAL)

Dijangkakan lebih 15,000 peminat akan hadir untuk MTV World Stage Malaysia 2014 yang ditaja oleh Sunway, Xpax, Johnson & Johnson Vision Care, Hong Leong Bank dan William Grant & Sons.

Disokong oleh Tourism Malaysia, Rakan Muzik – Universal Music Group, Rakan broadcast – Astro, Rakan radio – hitz.fm dan Rakan audio – Dolby.

Anda boleh follow MTV Asia di Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat terkini MTV World Stage Malaysia 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments