Nidji Reloaded Dapat Sambutan

Nidji
Di atas sambutan yang memberangsangkan, program ‘Nidji Reloaded’ yang telah bersiaran di TV9 pada raya ke-4 yang lepas akan disiarkan semula di TV3 pada Hari Raya ke-13 ini.

Kepada semua peminat Nidji atau lebih dikenali sebagai Nidjiholic, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Nidji Reloaded’ di TV3 pada jam 11.00 malam di Hari Raya ke-13 bersamaan dengan 9 Ogos 2014 (Sabtu).

Lagu lagu yang dipersembahkan oleh Nidji pada hari tersebut termasuklah lagu terbaru mereka ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ dan ‘Teroesir (Menunggu Karma)’.

Mereka turut mendendangkan lagu hit seperti ‘Hapus Aku’, ‘Biarlah’ dan ‘Laskar Pelangi’ yang dipersembahkan bersama beberapa bekas peserta ‘Idola Kecil’ sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments