Oh My English (OME) Day Out

Oh My English Day Out

Oh My English (OME) Day Out kembali lagi tahun ini ke lima buah negeri di serata Malaysia iaitu Johor, Penang, Terengganu, Sarawak dan Lembah Klang, berbeza dengan tahun lepas di mana ianya hanya diadakan di sebuah lokasi sahaja.

OME Day Out akan memulakan siri jelajahnya pada 16 Ogos 2014 (Sabtu) bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Southern College, Johor Bahru, Johor.

OME Day Out adalah sebuah program pendidikan berkonsepkan bengkel kemahiran untuk memantapkan pengetahuan dan penggunaan Bahasa Inggeris melalui kaedah yang menyeronokkan.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan para pelajar mengenai kepentingan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan memupuk nilai-nilai murni dengan suntikan hiburan dalam pembelajaran.

Butiran siri jelajah OME Day Out adalah seperti berikut:

  • 16 Ogos 2014 – Southern University College, Johor Bahru, Johor
  • 24 Ogos 2014 – Han Chiang High School, Penang
  • 27 September 2014 – UCSI University, Terengganu Campus, Kuala Terengganu
  • 4 Oktober 2014 – Swinburne University, Kuching, Sarawak
  • 11 & 12 Oktober 2014 – UNITEN, Selangor

OME Day Out ditaja oleh Nestle Mat Kool, dicetuskan oleh S.O.X. School of Xpax dengan kerjasama daripada Papermate Inkjoy. Hadiah utama ditaja oleh Lenovo Technology Sdn. Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments