Rebecca Nur Islam Ambil 5 Beradik Yatim Piatu Jadi Anak Angkat

rebecca nur islam

Lima beradik yang menjadi yatim piatu pada Mei lalu selepas kedua ibubapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan kini telah pun diambil sebagai anak angkat oleh pelakon, Rebecca Nur Islam.

Sungguh mulia hati Rebecca  yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat. Dengan ini, sekurang-kurangnya dapatlah Rebecca dan suami membantu lima beradik tersebut dari segi kewangan dan memberi  kasih sayang kepada mereka.

Kata-kata Rebecca yang dikongsikan,

Selepas saya membaca berita kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa mereka, saya berusaha mendapatkan nombor telefon ibu saudara mereka dan selepas berpuluh kali saya menghubunginya, baru saya dapat bercakap dengannya. Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.

Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama de­ngan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka.

Saya nasihatkan dia (anak sulung), jika dia ingin memperoleh masa depan yang lebih baik dan terjamin, jangan berhenti sekolah kerana pelajaran saja yang dapat me­ngubah hidup mereka kerana takkan selama­nya mereka mesti bergantung harap kepada bantuan orang lain. Saya dan suami sedia membantu dari segi kewangan asalkan mereka mahu belajar.

Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya me­ngambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini me­ngatasi yang lain kerana Allah SWT ‘menjemput’ kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya – Kredit beautifulnara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments