Ritma Merdeka – Dj Fuzz Official Video

Ritma Merdeka lagu baru yang memberikan satu semangat yang luar biasa tentang kemerdekaan negara kita, Malaysia.

Jika sebelum ini, apabila tiba sahaja Hari Kemerdekaan, kita sentiasa disajikan dengan lagu-lagu patriotik seperti ‘Tanggal 31’ oleh Allahyarham Sudirman, ‘Bahtera Merdeka’ oleh Aisyah, lagu ‘Setia’, ‘Barisan Kita’ dan banyak lagi.

Dan lagu-lagu tersebut akan sentiasa terpahat di hati rakyat Malaysia dan sering dimainkan di corong-corong radio Malaysia apabila tiba Hari Kemerdekaan.

Dan kini, Dj Fuzz pula menampilkan lagu patriotik yang segar dan berentak moden dengan menggabungkan genre hip hop dan elemen DJ di dalam lagu ‘Ritma Merdeka’.

Lagu ‘Ritma Merdeka’ telah dirakamkan pada tahun lepas, dan atas sambutan yang menggalakkan, Dj Fuzz telah menyiapkan muzik video rasmi untuk lagu tersebut.

Dj Fuzz - Ritma MerdekaMenerusi lagu ini, kita dapat melihat sekumpulan pemuzik hip-hop dari pelbagai negeri dan bangsa yang berbeza ini bersatu menyampaikan mesej yang sama untuk Hari Kemerdekaan ke-57 negara.

Apa yang lebih menarik tentang lagu ini ialah Fuzz cuba untuk mengetengahkan mesej lagu ini dengan menampilkan bahasa atau loghat yang digunakan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Di dalam lagu ini, W.A.R.I.S. yang terkenal dengan lagu ‘Rembau Most Wanted’ itu tampil dengan rap loghat Negeri Sembilan, Iwere pula tampil dengan rap loghat Negeri Kelantan dan Nawi dengan loghat Penang.

Manakala Juzzthin tampil dengan rap Bahasa Inggeris, WoShiJay yang berbangsa India tampil dengan rap Bahasa Mandarin dan Stylomannavan pula tampil dengan rap Bahasa Tamil.

Sangat jelas mesej yang cuba disampaikan oleh Fuzz menerusi lagu ini dengan memperlihatkan rakyat berlainan bangsa bersatu.

Selain dari itu, Dj Fuzz juga telah banyak membantu meningkatkan nama pemuzik hip hop tempatan ke persada yang lebih luas dan sering memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menyinar di dalam industri muzik tanah air.

Kepada peminat lagu ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video “Ritma Merdeka” yang telah pun berada di laman YouTube Warner Music Malaysia.

Ritma Merdeka – Dj Fuzz Official Video

Lirik Ritma Merdeka

Oleh DJ Fuzz ft Iwere, WARIS, Nawi, Juzzthin, WoShiJay Aathitiyanz & Stylomannavan

(Iwere)

Gomo kelate gomo sek kitow jange pecohh,
rap kawe bau budu panas panas dari beat kitchen,
dari panta timur sampa lekat di semenanjung,
perpaduan kaum kito utamakan, kito sanjung
Kibaran gemilang berkibar megohnya
Dari jauh kelihatan di dataran merdekoo,
Biar putih di tuleng, jangan putih di mato,
Rap somalaysia versi kawe akhir bicaro

(WARIS)

Tak salah kok nak guno bahaso ponjajah
Tapi jgn lupo tompek tanah
tumpah eh darah
Kotughunan pahlawan
pantang monyoghah
Apo yg bermulo
Perlu ado penyudah
Bersekutu bertambah mutu
14 nogori gabung jadi “negaraku”
SEMUA BANGSA BERSATU
Lupokan semuo masalah dalaman
Tiado bezo warno kulit
Merdeka dan aman!

3181957
Merdeka tak dijajah oleh musuh
3181957
1 Malaysia patriotisma perlu utuh

(Nawi)

Jadi kebangaan, tengok berkibaqnya bendera kebangsaan,
Dari puncak tinggi gunung sampai ada angkasawan,
Apa kita capai, jadi mercu tanda negara pacu,
Berdaulat Malaysiaku, tanah tumpahnya darahku,
Jangan leka, bebaskan minda dari dijajah tanpa sedaq,
Macam keluaq pagaq itu definisi merdeka yang sebenaq,
Semangat patriotik membara simbolik macam tentera,
Negaraku Malaysia kekal merdeka di setiap ERA

(Juzzthin)

Multi Ethnic, Multi Cultural, Looking at the past we improved as a government Malaysia, we got the full criteria, food , the place you can find it in the area
Play back and check, read our history
31st August that’s the number of our victory
We conquered our fears for hundreds of years
Keep the troops in our heart
Remember them in our prayers

3181957
Merdeka tak dijajah oleh musuh
3181957
1 Malaysia patriotisma perlu utuh

(WoShiJay)

Merdeka! Zai Wo De Guo Jia Ma Lai Xi Ya,
Merdeka! Rang Wo Jia Sao Ni Wo De Guo Jia,
Merdeka! Wu Shi Nian Zhi Qian Jiu Shi Malaya,
Wu Shi Liu Nian Guo Chin Re Sui Bu Ren Shi Zai Asia .

Yin Du Ma Lai Huo Ren Da Jia Xiong Ti Jie Mei,
Da Jia Dou Zhi Tao Wo Guo Jia Kan Lai Dou Hen Mei,
Hong Pai Huang Lan, You Yi Shi De Yen Se,
Ni Jiu Zhi Tao Zhe Shi Yin Du Nan Hai Chang De Ke.

(Stylomannavan)

Ennathu neeram neelleh vaanathil kodi parakatum,
sigapu neelammum velaiyum manjallum pugallai sollatum,
Nirrathil pirivu yirinthallum nam Oreh Malaysia,
Mathathil pirivu yirunthallum nam Oreh Malaysia,
Namathu Arumai perumai potrideh ennathu varigal pothuma?
pathinaaru
varigaleh pathaathu
Isai thattu sellumma?
Oreh mannam, oreh innam, oreh ratham,
ippudiku Stylomannavan signing off
Nandri vannakam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments