Samarinda TV3 – Kristal Maya

Slot Samarinda TV3 akan menayangkan siri drama terbaharunya, ‘KRISTAL MAYA’ pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10.00 malam mulai 13 Ogos 2014.

Drama bersiri 15 episod ini menampilkan gandingan pelakon popular tanah air seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Rahim Jailani, Elly Mazlein, Ika Nabella, Dilla Ahmad, Zarina Zainuddin, Shaharuddin Thamby, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Amar Baharin, Hefny Saad dan Shakila Khoriri.

Samarinda TV3 - Kristal Maya

Sinopsis Kristal Maya

Maya (Amyra Rosli) lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang dijalankan oleh Pengarah Syarikat tersebut sendiri iaitu Dato’ Efendi (Rahim Jailani) dan dibantu oleh Mona (Elly Mazlein), adik ipar Dato’ Efendi selaku Ketua Bahagian Penerbitan ‘Kristal’ Maya telah diterima berkerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif.

Pada hari pertama berkerja di ‘Kristal’, Maya rasa tertekan kerana Ezam (Shahz Jaszle), Pengarah Kreatif Kristal ialah seorang yang dingin dan sangat tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan adik lelakinya, Muadz (Ryzal Jaafar). Aziah ialah suri rumah sepenuh masa setelah kematian suaminya manakala Muadz masih menuntut di salah sebuah kolej swasta dan belajar di kolej yang sama dengan anak bongsu Dato’ Effendi, Shahrizan (Hefny Saad).

Syukri, (Amar Baharin) anak lelaki sulung Dato’ Efendi telah jatuh cinta pandang pertama dengan Maya ketika bersua secara tidak sengaja dengannya di pejabat. Syukri yang terkenal dengan perangai kasanovanya menggunakan kedudukannya selaku Penerbit Eksekutif Kristal untuk menggoda perempuan yang diminatinya.

Sementara itu, Dato Efendi cuba membantu Maya menyesuaikan diri dengan persekitaran di ‘Kristal’.

Beliau juga memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Syukri yang suka mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi salah seorang koleksi teman wanita Syukri. Maya tidak memandang serius amaran tersebut kerana dia berpendapat dirinya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan dia hanya mahu membina kerjayanya buat masa ini.

Maya dapat merasakan sesuatu yang luar biasa pada perwatakan Ezam yang pendiam dan diingin. Ezam sebenarnya cuba menjauhkan diri dari Maya kerana dia menyimpan satu rahsia tentang dirinya yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Apabila mereka berdua menjadi semakin rapat, Maya semakin ingin mengetahui kisah sebenar Ezam. Ezam pula mula ragu-ragu dengan perasaannya terhadap Maya di antara profesionalisme dan bibit-bibit cinta di dalam hatinya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan KRISTAL MAYA pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10.00 malam di TV3.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments