SHAE – Cintaku Tlah Mati Untukmu (Official Music Video)

Shae - Sayang
Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal daripada Jakarta, Indonesia ini tentunya telah menggegarkan industri muzik Malaysia melalui single pertamanya ‘Sayang’.

Shae yang memiliki auranya tersendiri telah mencuri hati para peminatnya melalui lagu ‘Sayang’.

Namun, ia tidak mustahil untuk beliau mencuri hati para peminat beliau buat kali kedua melalui single keduanya ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ yang juga dipetik daripada album sulungnya “The First”.

Namun berbeza daripada lagu ‘Sayang’, single kedua Shae bertajuk ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ ini bermula dengan luahan hati yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa kekasihnya telah menduakan cintanya.

Masih mengekalkan tema cinta dalam nyanyian beliau, Shae memperjuangkan muzik bergenre balada untuk lagu ini dengan mesej-mesej yang menceritakan betapa sakit hatinya memikirkan perbuatan kekasih hati yang permainkan cintanya.

Korus lagu ini pula adalah luahan rasa kecewa dan perasaan yang sudah mati untuk kekasihnya.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Posan Tobing ini sungguh mendayu-dayu dan lagu ini pastinya akan menarik kembali perhatian anda semua untuk sering mendengar alunan suara Shae melalui lagu ini.

Kepada peminat-peminat Shae dan juga SobatShae, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ yang kini sudah pun berada di YouTube.

‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd

Cintaku Tlah Mati Untukmu (Official Music Video)

Lirik Cintaku Tlah Mati Untukmu – SHAE

You hurt me once before
I’m not gonna let you hurt me again

Sakit hatiku padamu
Melebihi dari cintaku untukmu
Tak terfikirkan olehku
Apa yang kau lakukan di belakang ku

Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
Cukup sudah cintaku telah mati untukmu
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku

Sekarang aku sedari
Kau sudah curangi cintaku ini
Menyesal ku mengenalmu
Ternyata kau hanya permainkan cintaku

Pergi saja jauh jangan kau kembali
Ku tak mahu lagi denganmu
Cintaku telah mati kerna kau sakiti
Pergi kau jauh dariku

Cukup sudah cinta kita sampai di sini

Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
Cukup sudah cintaku telah mati untukmu
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku

(Cukup sudah cinta kita sampai di sini)
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
(Cukup sudah cintaku telah mati untukmu)
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments