The Kaya Yanar Around The World Asia Tour Live In Kuala Lumpur

The Kaya Yanar Around The World Asia Tour Live In Kuala Lumpur
The Kaya Yanar Around The World Asia Tour Live In Kuala Lumpur akan menampilkan pelawak kelahiran Jerman, Kaya Yanar yang merupakan antara barisan pelawak yang cukup popular serta kerap mengadakan persembahan di beberapa buah negara Eropah.

Beliau sudah berkecimpung dalam bidang hiburan sebagai seorang pelawak selama 15 tahun akhirnya berkesempatan membuat persembahan di Malaysia.

Menurut Kaya Yanar,

Pada mulanya saya terbabit dalam bidang komedi sekadar suka-suka, tetapi tidak sangka bidang ini telah membawa saya menjelajah ke seluruh dunia. Kini, saya dapat menjejakkan kaki ke Malaysia buat kali pertama sehingga menjadikan saya sangat teruja.

Sebenarnya, ia merupakan perancangan yang telah dibuat oleh seorang rakan saya sejak enam bulan lalu.

Pada peringkat awal saya tidak mengambil serius, namun melihat kesungguhannya telah membuatkan saya berada di Malaysia sekarang

Pelawak kelahiran Frankfurt, Jerman ini memberitahu dia perlu mengenali budaya dan kehidupan masyarakat di negara ini terlebih dahulu.

Jelasnya, ia merupakan sesuatu perkara yang sangat penting agar mesej komedi yang dipersembahkannya nanti akan lebih mudah difahami oleh penonton yang datang menyaksikan persembahannya nanti.

Sebagai persediaan sebelum beraksi di Malaysia, dia akan pergi melancong ke beberapa buah negeri terlebih dahulu dalam usahanya mengenal lebih dekat cara hidup masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang melancong dalam tempoh selama seminggu, segala maklumat dan pengalaman yang dilaluinya itu dapat dijadikan idea ketika membuat persembahan.

Kaya akan mengadakan persembahan di Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 17 dan 22 Ogos ini di Grand Ballroom, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Bagi yang ingin mendapatkan tiket atau sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-8080 8700 atau melayari laman web www.myticket.asia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments