Warna Super Spontan Musim Ketiga

Warna Super Spontan
Seramai 14 orang pelawak popular tanah air bakal bersaing dalam program realiti popular Warna Super Spontan untuk musim ketiga yang bermula pada 22 Ogos depan, pukul 10 malam di Astro Warna.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani,

Pemilihan pelawak-pelawak yang bakal bersaing ini adalah melalui reputasi cemerlang mereka daripada program-program lawak yang dianjurkan sebelum ini.

Program ini masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Peserta Warna Super Spontan

Dua kumpulan tersebut ialah Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk, Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus.

Manakala kumpulan Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.

Program ini akan menampilkan Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sebagai pengacara, manakala Amir Raja Lawak akan muncul bagi menghangatkan suasana.

Sementara itu, berdasarkan persembahan mingguan, nasib peserta akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta kumpulan mereka.Juara Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Kredit : mStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments