2014 – Perkembangan Terkini Diana Amir

Diana Amir
Keputusan untuk berhijrah tiga tahun lalu, mengubah cabang kerjaya seninya.

Malah, penghijrahan dan imej Muslimah pemilik nama sebenar, Nurdiyana Amir Hashim, ini membawa kepada peluang baharu dalam bidang pengacaraan.

Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk pengacaraan, motivasi dan menulis, namun Diana Amir tetap merindui dunia lakonan.

Beliau pernah memberitahu bahawa sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian dengan watak dan masa, dia akan menerimanya.

Setelah sekian lama menunggu untuk kembali aktif di lokasi penggambaran, akhirnya tahun ini penantian itu membuahkan hasil.

Diberi peranan menggalas watak utama menerusi drama bersiri untuk slot Zehra, Cinta Ilahi, isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, ini menyifatkan ianya sebagai rezeki anak.

Alhamdulillah, kini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri ini sehingga hujung September. Sebelum ini, ada juga berlakon, cuma bukan selalu.

Bidang pengacaraan banyak membantu saya untuk selesakan diri di hadapan kamera. Saya menganggap drama ini sebagai rezeki anak setelah lama tidak diberi peranan utama.

Alhamdulillah. Diana Amir Umum Nikah Minggu Depan
Beliau kini sedang hamil 4 bulan.

Walaupun sedang berbadan dua, Diana bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk ketika menjayakan drama tersebut.

Beliau dan suami tidak kisah mengenai jantina anak asalkan sihat dan cukup sifat. Namun, tetap ada keterujaan untuk memiliki bayi kembar.

Kami tidak kisah sangat lelaki atau perempuan.

Tapi, memandangkan suami ada kembar, jadi keluarga kami agak teruja jika saya melahirkan anak kembar.

Diana kini sedang sibuk mempromosikan jubah-jubah yang direka sendiri untuk kolaborasi bersama Leanen. Koleksi itu kini dijual di Women of Jannah di pusat membeli belah, The Curve. Selain itu, ianya turut dijual secara online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments