Bercuti Bersama Izzue Islam Ke Korea

izzue islam

Pelakon Izzue Islam bersama syarikat pelancongan Safirgotravel.com akan bercuti ke Korea yang bermula pada 9 Disember depan selama 7 hari 5 malam.

Sempena dengan percutian ini, sebanyak 40 orang yang pertama ditawarkan untuk bersama-sama bercuti dan melawat beberapa tempat menarik di Korea.

Wakil Safirgotravel.com, Mohd Lokman Bin Nor Hashim berkata, mereka memilih Izzur Islam kerana dia memiliki kelompok peminat dan sangat ramah dengan mereka.

Bagi Izzue pula, pemilihannya ini merupakan satu penghargaan.

Pakej yang ditawarkan berharga RM3988 dan pada mereka yang berminat untuk menyertai percutian ini, boleh melayari web www.safirgotravel.com untuk maklumat lanjut. – kredit Media Hiburan

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments