Cinta Kedua Papar Kisah Lelaki Tua Ghairah Melayari Laman Sosial

telefilem cinta kedua

Sebuah lagi telefilem bakal disiarkan pada 28 September ini bertajuk Cinta Kedua di TV1.

Merupakan telefilem tribute P.Ramlee, Cinta Kedua mengetengahkan kisah seorang lelaki tua yang begitu ghairah melayari laman sosial sehingga dia jatuh cinta kepada rakannya tanpa mengetahui rakannya itu adalah isterinya sendiri.

Kisah bermula, apabila Wahab berasa kesunyian apabila pulang dari pejabat. Dia menghabiskan masa duduk di sofa, manakala isterinya Juwita lebih banyak mengikuti program agama di masjid.

Wahab mendekati Firdaus bagi meluangkan masa berbual dengannya. Namun Firdaus sibuk melayani teman mayanya.

Wahab juga cuba berkongsi rasa bosannya dengan Juwita namun bagi Juwita, tidak wujud rasa bosan dan sunyi dalam usia mereka sekarang ini.

Wahab melepaskan rasa geramnya terhadap Juwita kepada Firdaus. Namun begitu, terpukul dengan kata-kata Firdaus, Wahab menelefon anaknya yang belajar di IPTA tetapi mereka sibuk dengan kuliah.

Firdaus pula yang sedang menguruskan pinjaman kenderaan pelanggannya terkilan dengan sikap Linda yang sering menimbulkan masalah ketika hendak meluluskan pinjaman. Firdaus menegur sikap Linda. Linda yang tercabar turut menyindir Firdaus.

Wahab pula terkilan dengan sikap anak-anaknya yang sibuk sehingga tiada masa untuk bertanya khabar dia dan Juwita. Juwita pula mengajak Wahab menghadiri kuliah agama namun Wahab sering memberi alasan.

Suatu hari, Firdaus menunjukkan sebuah laman sosial kepada Wahab. Wahab yang melihatnya berasa teruja untuk membuka laman sosial.

Wahab ke kedai komputer untuk mendapatkan laptop. Juwita hairan tetapi Wahab memberi alasan dia berurusan dengan pelangganya melalui emel.

Wahab yang tidak mahir dengan IT mendapatkan khidmat nasihat Firdaus. Selepas itu, Wahab yang mneggunakan nama Idaman Malaya berkenalan dengan Perindu Malam.. Setelah sekian lama, mereka merancang untuk berjumpa. Pelbagai perkara berlaku dan kebenaran terbongkar.

Cinta Kedua dibarisi pelakon seperti Dato’ Rahim Razali, Adlin Aman Ramli, Norlia Ghani, Azizah Mahzan, Ana Dahlia dan Fazlina Ahmad Daud.- kredit Media Hiburan

Telefilem arahan Jamal Khan ini akan disiarkan pada jam 10 malam. Jangan lupa saksikan Cinta Kedua pada 28 September ini hanya di TV1. Selamat menonton.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments