Da’i Farhan Dikejarkan Ke Hospital

Da’i Farhan atau nama sebenar beliau, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad yang berasal daripada Tanah Merah, Kelantan terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan perjalanannya untuk bergelar pendakwah Milenia atas faktor kesihatan.

Peserta Da’i Musin ke-2 ini, telah dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pihak produksi Jumaat lalu setelah mengadu sakit di bahagian dada.

Da’i Farhan Dikejarkan Ke Hospital

Da’i Farhan kini masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana penyakit “Pneumothorax” iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru menjadi kecut kerana terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru.

Menurut penerbit Da’i musim ke-2, Shukri Ibrahim,

Bagi sebuah pertandingan realiti, jika ianya melibatkan masalah kesihatan yang boleh mengganggu komitmen peserta, mereka terpaksa disingkirkan.

Pengunduran Da’i Farhan amat menyedihkan buat kami kerana beliau merupakan pelajar yang cemerlang dan mampu bergelar juara kerana dia bijak memikat hati penonton dengan penyampaian yang bersahaja.

Tazkirah yang sepatutnya disampaikan beliau pada Jumaat lalu mengenai “Dakwah Siber” telah disampaikan oleh Mentor Da’i musim ke-2 sendiri iaitu Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff.

Kini hanya tinggal lima peserta untuk merebut gelaran juara Pendakwah Milenia dan wang tunai RM50,000 iaitu Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, Nurul Dayana Mohd Zahari, Mohd Elyas Yusoff, Wan Dazrin Wan Din dan Ammar Ismail.

Da’i musim ke-2 bersiaran setiap hari Jumaat pada jam 9 malam dan ulangannya pada hari Jumaat jam 11 pagi.

Anda juga boleh mengikuti perjalanan mereka dalam Da’i musim ke-2 melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my/dai dan Facebook.com/Dai2014tv3 untuk informasi terkini mengenai Da’i musim ke-2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments